Monday, October 02, 2006

kisah tauladan..something to look on..


Rasulullah saw tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya."kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?". Lantas dijawab baginda,"terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang lemah dan kurang segala-galanya yang patut menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu".


Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Allah swt bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya:


"Musa, engkau siapa?" , Jawab Nabi Musa,"Ana Kalamullah".


"Ibrahim, engkau siapa?", Jawab Nabi Ibrahim,"Ana Khalilullah".


"Isa, engkau siapa?", Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah".


Kemudian Allah swt menanyakan kepada Nabi kita,"Muhammad, engkau siapa?"


Jawablah Rasulullah saw dengan rendahnya."Ana yatim".
Terus Allah menyahut,"Engkau kekasihku, Habibullah".
(Isnt the last 2 lines touching...)


Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, miskin, fakir di majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.

Posted by =Im-tOxI-kaTe-d= at 10/02/2006 12:24:00 AM