Sunday, November 04, 2007

just something i feel like sharing...

Cara mengetahui keAiban sendiri

Seseorang itu perlu kenal keaiban diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu atau mencela orang lain. Apabila Allah swt berkehendaki hamba-hambaNya sesuatu kebaikan, maka Dia terlebih dahulu memperlihatkan keaiban-keaiban dalam diri orang itu. Ini untuk memudahkan orang berkenaan mengubati diri. Ada empat cara untuk seseorang itu mengenal dengan keaiban diri.

Pertama: Hendaklah tinggal bersama seorang guruyang teran mata hatinya yang dapat mengesan keaiban dalam diri seseorang itu. Maka seseorang itu akan mengikut petunjuk dari gurunya itu.

Kedua: Seseorang yang ingin tahu tentang keaiban diri snediri hendaklah mendapatkan seorang teman karib yang boleh dipercayai dan juga bijak dan lurus agamanya. Tugas teman ini ialah memerhati setiap keaiban yang ade dalam diri kawannya dan mengingatkan kawannya itu agar memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Cara ini biasanya dilakukan oleh tokoh-tokoh terkemuka agama dan selaras dengan ape yang pernah disebutkan oleh Umar Ibnul-Khattab:
"Semoga Allah merahmati orang yang menunjuki aku akan keaiban aku.."

Kita sedia maklum bahawa Sayidina Umar mempunyai keperibadian yang tinggi serta kedudukan yang mulia namun beliau masih mencurigai diri sendiri. Kesimpulannya ialah, seseorang itu tidak harus berpuas hati dengan dirinya tetapi lebih banyak prasanka terhadap dirinya. Kita haruslah berasa gembira sekiranya ada orang yang suka menegur tentang keburukan-keburukan perilakunya.

This is a good example of analogy..heheh..

Jika ada orang yang memberitahu kita ada kala jengking(scorpion) dalam baju kita maka sudah tentu kita akan mengucapkan berbanyak terima kasih dan segera membunuh kala jengking itu.
Kesakitan akibat sengatan binatang itu tidaklah kekal, paling lama hanya dua atau tiga hari maka selepas itu akan sembuh sepenuhnya.

Ramai manusia tidak bersedia mengambil manfaat dari teguran seseorang itu tetapi sebaliknya, mencemuh orang yang menegurnya itu. Dari itu, akibat kekerasan hatinya, maka dosanya semakin bertambah.

Ketiga: Hendaklah sentiasa berlapang dada apabila menyedari keaiban-keaiban diri menerusi cacian lidah-lidah musuh kearana pandangan orang yang benci itu akan jelas menampakkan kekurangan-kekurangan dalam diri seseorang.

Kita hendaklah sedar bahawa kata-kata dari musuh itu ada kalanya lebih baik dari apa yang diluahkan oleh seseorang kawan yang suka bermuka-muka, memuji-muji padahal keaiban diri kita tidak pula ditunjukkan dengan ikhlas.

sekian. wabilahitaufiqwahidayah...assalamualaikumwaramatullahiwabarakatuh.

hahaaa...well..something to learn about right?

Posted by =Im-tOxI-kaTe-d= at 11/04/2007 10:10:00 PM